Tuesday, July 11, 2017

10 days BRIDE-TO-BE

#10DAYSLEFT
Hai semua. Suprise kan! Tetiba aku dah nak jadi Bride-to-be dah weh. Rasa mcm baru semalam bertunang. Rasa mcm baru semalam aku kenai cik tunang kat Johor. Rasa mcm baru je semalam aku malu-malu first date tak nak pandang muka gugup resah bagai. Alhamdulillah dah nak jadi suami isteri.

Actually aku mmg tak ingat nak update all the wedding preparation aku sebab aku dah start kerja as soon as aku habis belajar. So, aku dah gigih cari duit and buat preparation at the same time. The hectic period of my life sbb aku kena berperang dengan perasaan sendiri merajuk marah geram buat preparation sensorg sbb time aku aku masih tak ngam sepenuhnya dengan tunang aku. Then, berperang dgn peak period as auditor lagi and dengan kebendulan aku pasal kahwin and all that. Ada sampai satu tahap aku mmg nak bagi jalan je wedding ni tak nak prepare apa-apa.

And now alhamdulillah everything is getting better. Gaduh pun dah kurang. Excited pun dah datang stage by stage. Preparation wedding pun dah makin sebulu. Weh buat apa nak gaduh-gaduh stress bagaiii kan dah nak kahwin dah pun cuba la happy sikit (nasihat untuk diri sendiri).

For this time being, aku masih pergi kerja mcm biasa tapi pergi office pun relax-relax setelkan kerja yang lama-lama before cuti panjang and menikmati hari-hari aku tanpa stress. Sbb job pun dah tak masuk sbb aku dah apply cuti kahwin 10 hari tau. 10 hari bekerja gitu. Kalau campur sabtu ahad mau 15/16 hari. Dah serupa setengah bulan aku cuti. But sokey la kahwin kan sekali seumur hidup.

Okeylah. Banyak lagi list to do sebelum wedding ni. Jumpa di lain entry.

xoxo.

Sunday, February 12, 2017

Two night at Golden Leaf Hotel Johor Bahru

Two last week right after last paper of last semester, aku dengan housemate aku planning nak pergi bercuti ke Johor Bharu. So, kiteorg decide nak masuk USS since dah dekat dgn Johor Bahru. Sepanjang semester ni struggle cari and kumpul duit semata nak main kat USS plus jalan-jalan kat JB. Nak round-round Singapore mcm tak cukup bajet and tak ckup masa pulak sbb aku rush balik KL sbb nak interview kerja. Basically holiday #ROADTOJOHOPORE ni berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Kteorg bertolak dari Segamat dalam pukul 1 tengahari mcm tu then sampai JB dalam pukul 4 petang. Kebetulan time tu hujan agak lebat so kiteorg pun relax - relax je drive pergi sana. Sampai kat sana kteorg tak terus check in hotel tapi kiteorg gi check in Tanjung Puteri. Weh lawa namateyyy. Cuma time kiteorg pergi tu ada satu section ni tutup so tak dapat la nak selfie kat situ. Tapi dari situ kau dah boleh tengok Singapore yang jem tu hehe.

Chilling with myself
Hello Singapore! Nampak tak jem gila belakang tuuu 
Tanjung Puteri



Dalam pukul 8 lebih baru kiteorg check in hotel. Kiteorg stay 2 malam kat Golden Leaf Hotel. Booking melalui booking.com. Hotel mmg budget gila RM46 je sorg untuk dua malam  (Total= RM138/2night). Serius rasa murah gila sebab aku bajet hotel RM50 untuk katil queen tapi dpt less than that. And uncle tu pun baik and ramah sgt sbb kasi pilih bilik nak yang dekat je jauh ke atas ke bawah ke. Hotel ni dekat je dengan Tunetalk Hotel. Senang sebab selalunya siapa yang nak pergi ke USS tu akan naik bas dari sini. Serius senang gilaa. And aku sangat berpuas hati dengan hotel ni. Dah la murah pastu selesa pulak tu. Then dekat je dengan bas nak naik USS tu. 


Golden Leaf Hotel 

Deluxe room dia. Just nice la untuk kita tiga orang :)
So, bg sesiapa yang nak stay kat hotel ni boleh usha facebook or website dia. And kalau nak lagi murah boleh booking dr booking.com. Actually banyak je hotel tapi biase lah aku mesti cari yang bajet and selesa punya. :)
Alamat Hotel:
Golden Leaf Hotel
02-01, Block 3,
Jalan Skudai, Danga Bay,
80200 Johor bahru


xoxo :)




Tuesday, January 17, 2017

Say BYEBYE to 'STUDENT' :(

Hai semua,

Berbaki kurang dari seminggu ni maka akan berlabuh la tirai untuk final semester kali ni sekaligus menamatkan zaman aku sebagai seorang student. Tak sangka dah dekat dua tahun setengah aku mcm nak gilak kat sini. Right now aku sedang sabar menunggu detik pukul 11.30 jumaat ni untuk tamatkan last paper aku. Teringin nak post gambar baling paper depan dewan and posing angkat tangan (mission accomplished) kat depan gate Uitm.

Ok aku tahu yang sebenarnya aku hutang satu post itinerary time aku backpack ke Korea dulu. Serious weh aku mmg tak dak masa nak update pasal korea tu. Nak pulak skrg ni aku nak kena study balik tentetif and program aku sepanjang aku kat sana. hehe. But you dont worry, habis je aku study ni aku akan terus luangkan sedikit masa untuk update pasal backpack ke korea tu. Tapi ermm lepas aku pergi tu nampak mcm ramai gilaa dah orang serbu ke korea. Yelah, tengah winter kot weh sekarang.

But who cares pasal backpack ke korea tu sbb sekarang ni aku tengah counting day nak backpack ke Singapore. Eh? tak de la Singapore sangat pun sebab actually masuk Singapore nak ke USS je. Universal Studio tudiaa yg globe besor tu. Dari sekolah angan-angan kot nak masuk situ. Alhamdulillah, baru kali ni berkesempatan. Actually more to jalan-jalan Johor. But this time punya hashtag adalah #roadtojohor genap setahun after aku #roadtoutara tahun lepas.

Kali ni percutian bajet jugak as usual la me. (Padahal tengah kering sbb banyak sgt habis duit shopping sem ni). So, hotel dah book wow. Tiket pun dah order tinggal nak pack barang and #roadtojohorsingapore. NANTIKANN....

xoxo :)