Hai semua,
Berbaki kurang dari seminggu ni maka akan berlabuh la tirai untuk final semester kali ni sekaligus menamatkan zaman aku sebagai seorang student. Tak sangka dah dekat dua tahun setengah aku mcm nak gilak kat sini. Right now aku sedang sabar menunggu detik pukul 11.30 jumaat ni untuk tamatkan last paper aku. Teringin nak post gambar baling paper depan dewan and posing angkat tangan (mission accomplished) kat depan gate Uitm.
Ok aku tahu yang sebenarnya aku hutang satu post itinerary time aku backpack ke Korea dulu. Serious weh aku mmg tak dak masa nak update pasal korea tu. Nak pulak skrg ni aku nak kena study balik tentetif and program aku sepanjang aku kat sana. hehe. But you dont worry, habis je aku study ni aku akan terus luangkan sedikit masa untuk update pasal backpack ke korea tu. Tapi ermm lepas aku pergi tu nampak mcm ramai gilaa dah orang serbu ke korea. Yelah, tengah winter kot weh sekarang.
But who cares pasal backpack ke korea tu sbb sekarang ni aku tengah counting day nak backpack ke Singapore. Eh? tak de la Singapore sangat pun sebab actually masuk Singapore nak ke USS je. Universal Studio tudiaa yg globe besor tu. Dari sekolah angan-angan kot nak masuk situ. Alhamdulillah, baru kali ni berkesempatan. Actually more to jalan-jalan Johor. But this time punya hashtag adalah #roadtojohor genap setahun after aku #roadtoutara tahun lepas.
Kali ni percutian bajet jugak as usual la me. (Padahal tengah kering sbb banyak sgt habis duit shopping sem ni). So, hotel dah book wow. Tiket pun dah order tinggal nak pack barang and #roadtojohorsingapore. NANTIKANN....
xoxo :)